Sunday, December 19, 2010

:: PABA: Misteri Alunan Gamelan ::

Hasif, Intan, Malini, Afiq dan Steven, dipertemukan di sebuah akademi elit yang dipanggil ‘AKADEMI BAHARUL ASYIKIN’.

Antara mereka ada keserasian. Antara mereka ada perbalahan. Antara mereka ada tawa riang. Antara mereka ada pelbagai warna yang mewarnai. Antara mereka ada segalanya.

Bunyi misteri yang didengari Malini dan Steven menjadikan mereka berlima Penyiasat Akademi Baharul Asyikin (P.A.B.A.). Segala perancangan diatur mengikut ketangkasan masing-masing. Mengikut tahap kebolehan dan kecekapan yang mereka miliki.

Berjayakah mereka menyelesaikan misteri di sebalik bunyi misteri itu? Atau, adakah misteri lain di sebalik apa yang mereka cari selama ini? Bakal terjawabkah semua persoalan ini?

ISBN : 978-967-365-042-2
Sem. Malaysia : RM 10.90
Sabah / Sarawak : RM13.90

Saturday, February 20, 2010

:: Cinta Untuk Indah ::

Indah Chempaka dan Irham Haqim dipertemukan kembali tanpa diduga. Namun, pertemuan ini langsung tiada manisnya. Ada saja perbalahan dan peperangan dingin yang tercipta di antara mereka. Dalam dingin ada kasih yang disemai. Dalam benci ada rindu yang bertandang.

“Kaulah cinta pertamaku… Kekasihku yang selama-lamanya.”

Itu kata Irham Haqim, meletakkan Indah Chempaka di dalam hatinya. Namun, apa pula kata Indah Chempaka buat Irham Haqim? Masih meletakkan kasihnya buat lelaki itu atau lupakan saja kisah di antara mereka? Apakah dalam diam, benih cinta sudah kembali bersemai di antara mereka?

ISBN 978-983-3880-73-7
Sem. Malaysia RM8.90
Sabah/Sarawak RM11.90

:: Aku, Dia & Cinta ::


Antara mereka ada kenangan yang tersimpan. Mereka sering bersama dan sering bersaing antara satu sama lain. Namun, hanya kerana satu perkara, mereka hilang kenangan.

Tisya, gadis selamba yang meminati bidang muzik. Impiannya mahu membuktikan yang muzik juga punya masa depan. Namun tanpa diduga keakraban itu telah memberikan rasa yang dia sendiri belum sedia merasainya. Ada yang menghalang dan ada yang menyokong. Adakah lagu cinta terus berkumandang?

Razen, pemuda yang langsung tidak mempercayai istilah cinta pandang pertama, tetap setia menanti gadis yang sememangnya telah tersimpan kemas di lubuk hatinya. Apakah dia harus menanti si dia yang entah di mana bayangnya atau menerima kenyataan yang dia sememangnya telah terkena panahan cinta pandang pertama? Inilah kisah aku, dia dan cinta…

ISBN 978-983-3880-45-4
Sem. Malaysia RM20.90
Sabah/Sarawak RM23.90

:: Kalimah Cintamu ::

Hubungan persahabatan telah menyemarakkan api cinta dalam diri Wirda dan Suffian tanpa mereka sedar. Kemunculan Izwanie menyebabkan perhatian Suffian beralih. Biarpun hati kecil Wirda masih utuh buat Suffian, Wirda cuba menjauhkan diri demi memujuk hati sendiri. Dalam merawat hati yang lara, Haiqal muncul mengisi ruang kekosongan di hati Wirda. Tali pertunangan diikat. Di saat menanti hari bahagia, Haiqal pergi meninggalkannya. Kasih Wirda sekali lagi diuji.

Airy, rakan sejak di bangku sekolah dalam diam menyimpan perasaan pada Wirda namun sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi melihat kebahagiaan Wirda. Jika Wirda hanya bahagia menerima dia sebagai teman, dia sanggup. Tapi keinginan hati, siapa yang mampu bendung daripada tersua?

Tahun berganjak, Suffian kembali menagih tempat di hati Wirda namun tiada kekosongan di situ. Ianya milik Airy. Tapi kekeliruan Airy pada cinta Wirda membuatkan dia membawa diri. Rela jika Wirda bukan untuknya. "Kalimah cintamu, yang kutunggu-tunggu..."

ISBN 978-983-3880-10-2
Sem. Malaysia RM20.90
Sabah/Sarawak RM23.90